Tuesday, December 1, 2009

Monday, November 23, 2009

Friday, November 20, 2009

Wednesday, November 18, 2009

Puan Adillah masuk paper


walaupon da agak lame detik2 bersejarah ini, tapi aku nak upload jugak. mase aku lepak kat pantry aku belek2 la paper kat ctu, tgk tarikh da lame 12 julai lalu. terkejut gak aku tgk ade artikel tu ade gmbar puan adillah merangkap wife boss aku Dr Zaharim. ape lagi syida tlg scan aku pn publish la, mane tau aku leh jadi wartawan plak kat danau pasni.hahaha.

p/s : gmbr ni bkn aku yg shoot

Wednesday, November 11, 2009

weekend in Melacca

malam yang indah di melacca, kadang2 bosan, kadang2 epy...more pic kat sini www.stenziphoto.co.cc

Friday, October 30, 2009

Selamat Pengantin Baru Afar & Elis


kawan aku lepas sorg, sorg kawin. aku plak duk amik gambr org kawin je, aku bile lagi eh, sape nk amik gambar aku.hhahahahaaa.....

Banyak lagi gambar kat sini www.stenziphoto.co.cc

Sape yg rase puas ati ngan hasil keje aku leh lah hire aku tuk majlis Tunang atau Nikah. Harge leh runding kate Ajib...


Monday, September 28, 2009

new Generation



Tuesday, September 15, 2009

Raya Kembali Lagi



RON 95 & RON 97

RON91 dicipta untuk enjin yang mampu menerima petrol berplumbum, RON95 untuk petrol tanpa plumbum yang juga disebut petrol premium dan RON98 atau disebut juga sebagai Super Plus atau Super Premium.

Dalam jangka masa kurang dua bulan dari sekarang, RON95 akan menggantikan RON92 yang berharga RM1.75 seliter, manakala RON97 akan menjadi petrol premium pada harga RM2.05

Di seluruh dunia, pencemaran bahan api fosil telah meningkatkan kesedaran umum. Justeru itu, kualiti bahan bakar ditingkatkan. Jurutera bertungkus lumus memikirkan idea untuk mencipta enjin dengan sistem pembakaran moden yang mampu beroperasi menggunakan petrol spesifikasi RON yang dibangunkan. Kandungan sulfur juga diminimumkan.
Adakah semua petrol RON95 sesuai dengan kereta anda? Bagaimana mengetahui kesesuaian tersebut? Langkah paling mudah adalah melihat pada penutup petrol.

Jika ia tidak dinyatakan, rujuk buku panduan kenderaan. Biarpun begitu, tidak semua pengeluar kereta menulisnya dalam bentuk angka. Sebahagiannya ditulis dalam istilah leaded dan unleaded.

Jangan khuatir, majoriti petrol yang dijual di Malaysia (termasuk RON92) adalah petrol jenis tanpa plumbum (unleaded). Adakah RON97 lebih baik daripada RON95? Secara teorinya, ya tetapi secara paraktiknya, tidak. Petrol RON95 di stesen A mungkin lebih baik daripada petrol RON97 di stesen B.

Perlu diingatkan bahawa setiap petrol yang dijual oleh Petronas, Shell, BHP, Esso, Caltex dan Mobil adalah tidak sama. Setiap syarikat mempunyai ramuan tersendiri untuk meningkatkan keupayaan kualiti petrol masing-masing.

Adakah petrol RON95 berkualiti rendah? Ini adalah pandangan yang salah. RON berkaitan dengan campuran dua unsur asas iaitu oktana dan pentana yang melengkapkan sifatnya menjadi bahan bakar petrol.

RON95 bermaksud 95 peratus kandungannya adalah oktana dan selebihnya pentana. Begitu juga dengan RON97 iaitu hanya tiga peratus pentana dan selebihnya oktana.

Sebaliknya, jika enjin anda dicipta untuk membakar dengan RON97, adalah tidak memadai menggunakan RON95 kerana omboh akan mengalami masalah ketukan (knocking).

Ini kerana enjin silinder bergerak dengan membakar petrol menjadi gas. Asasnya, enjin yang dicipta untuk RON95 adalah kebuk pembakaran yang berupaya membakar sejumlah 95 peratus oktana.
Perlu diingat bahawa sifat oktana adalah kemampuannya untuk menahan tekanan dalam kebuk pembakaran. Jadi, dengan enjin yang dicipta untuk pembakaran 95 peratus oktana, memadai kita menggunakan petrol RON95.

Namun, jika enjin tersebut dicipta untuk tekanan 97 peratus oktana, maka penggunaan RON95 tidak sesuai. Oktana mempunyai keupayaan mengembangkan tekanan dengan baik, tetapi bukan pentana. Pentana hanya akan melambatkan proses timbal-balik dan di sinilah masalah ketukan berlaku.

Dakwaan mengatakan semakin tinggi RON adalah lebih baik dan mampu menghasilkan enjin yang lebih berkuasa juga tidak benar. Petrol yang baik adalah petrol yang sesuai dengan RON yang diperlukan oleh enjin.

Jadi ini bermaksud tak semua kereta boleh pakai RON 95. Cek kat penutup minyak korang atau buku manual kereta untuk tengok tahap minimum RON yang korang boleh pakai.

Friday, September 4, 2009

Berhati2 Pulang Beraya

Diceritakan semula oleh StEnZ! tapi bukan Neo aku la, kete aku ade kotak2 n jalur2 gemilang ( pedoman untuk ahli NIC )

Jam 0130, 17 Ogos 2009, aku dalam perjalanan pulang ke Bukit Tunku selepas supper bersama rakan di Kg. Baru.. Setiba di Jalan Kinabalu, ada sebuah kereta menghimpit aku di sebelah kiri.. Aku cuba mengelak ke kanan dan terlanggar pembahagi jalan di sebelah kanan lalu kereta aku tercampak perlahan ke kiri jalan dengan keadaan tayar belakang over steer.. Untuk mengawal kereta dari terus berpusing, aku pun tekan la pedal minyak.. Oleh kerana jalan licin, tayar depan aku spin lalu tercampak dengan lajunya ke dalam Sungai Klang..

Dengan berbekalkan ilmu yang aku pelajari dari Discovery Channel, aku sempat membuka pintu sebelum kereta aku masuk ke dalam sungai.. Air masuk ke dalam kereta dengan lajunya kerana paras air sungai yang tinggi disebabkan hujan pada petang tersebut.. Cabut seat belt, aku terus pecahkan cermin sebelah driver untuk mengurangkan tekanan yang menghimpit pintu sebelah driver sambil membuka pintu dan terus berenang ke luar kereta melawan arus sungai yang agak deras...

Aku selamat.. Cuma cedera ringan di tangan, siku, bahu, dahi, tengkuk dan juga peha.. Syukur.. Nak kena bertaubat ni..


Kereta aku mungkin total lost coz chassis dah lari habis.. Pillar dah bengkok..

Aku bersyukur masih selamat.. Banyak kebarangkalian yang tidak berlaku yang mungkin akan menyebabkan kematian aku seperti short circuit masa aku masih dalam kereta atau kereta aku hentam konkrit yang kat tepi sungai tu.. syukur...

Berkongsi ilmu sikit,

Kalau kereta dah nak masuk air, cepat-cepat buka pintu dan tingkap.... Macam kes aku, aku sempat buka pintu je.. Tapi bila dah jatuh, pintu tu tertutup balik.. Tapi tak rapat la.. Even tak rapat pun, aku masih susah nak buka balik disebabkan tekanan air yang kuat.. Aku kena pecahkan cermin tingkap sebelah aku untuk kurangkan tekanan air dan buka pintu.. Tekanan masih kuat masa tu tapi tidak la sekuat kalau tingkap tak buka.. Aku cuma mampu buka pintu sikit je, muat-muat badan aku nak keluar..

JANGAN TANGGALKAN SEAT BELT SEBELUM KERETA MENDARAT.. Ini penting.. Seat belt memang akan menyusahkan anda keluar.. Lagi-lagi yang pakai harness dan full bucket.. Tapi dalam kes aku, seat belt la yang selamatkan aku dari terhumban ke cermin depan aku yang memang dah pecah.. Seat belt juga la yang buatkan aku masih melekat kat seat.. Kalau tak pakai, aku rasa air dah tolak aku kena kat body kereta dah, tak pun kena kat cermin depan yang dah pecah..

Dah masuk dalam air, memang lemas.. Macam kes aku, lepas kereta dah mendarat kat dasar sungai, air terus masuk sampai tenggelam kereta.. Takde kesian dah.. Lemas camne pun, JANGAN GELABAH.. Mula memang aku gelabah.. Sebab aku gelabah la aku buang masa dalam 5 minit kat dalam kereta untuk cabut seat belt.. Lepas 5 minit baru aku try tenangkan diri dan hasilnya, aku dapat cabut seat belt senang je..

Dah cabut seat belt, cuba cari jalan keluar dari kereta secepat mungkin.. Macam kes aku, aku pecah cermin belah driver dan buka pintu.. Aku keluar ikut pintu.. Kalau terpaksa pecah cermin, pecah pakai kaki.. Aku pecah pakai tangan sebab aku dah tak fikir apa.. Akibatnya, aku mengalami kesukaran untuk berenang sebab tangan aku pedih giler..

Dah keluar, JANGAN LEPAK ATAS BUMBUNG KERETA menunggu bantuan.. Berenang secepat mungkin ke tebing.. Tak reti berenang pun, cuba juga berenang.. Berenang macam anjing pun takpe, asalkan berjaya jauhkan diri dari kereta.. Kita tak tahu bila kereta akan meletup atau short circuit akan berlaku.. Macam kes aku, aku tak berenang ke tebing.. Aku asyik fikir nak selamatkan beg dan juga external drive office awek aku.. Pas dah keluar kereta, aku hulur tangan kat boot untuk amik beg, kemudian baru aku berenang ke tebing.. Nasib aku baik sebab tak jadi apa-apa.. Aku tak dapat bayangkan kalau masa aku tengah sibuk nak tarik beg tu kereta aku short atau terbakar.. Mahu rentung aku..

Itu sahaja yang mampu aku kongsi pengalaman.. Harap korang boleh ambil masa baca apa yang aku taip ni untuk kegunaan kemudian hari.. Kita tak mintak tapi takdir kita siapa yang tahu.. Yang paling penting, bawa kereta berhati-hati dan ikut peraturan.. Nak mod kereta bagi laju boleh tapi biar guna dengan cara yang betul..


pesanan penaja : BERHATI2 DIJALAN RAYA DI MUSIM RAYA, SELAMAT HARI RAYA

Thursday, September 3, 2009

Belum Siap Lagi

Ini cerita budak2 skolah, so bahasa yang akan diguna-pakai sangat di titik berat dalam Bahasa Melayu Pemahaman Darjah 6....si B & si C merupakan kawan baik.si A pula merupakan penglipur lara drama sebabak ini.tidak ade kene mengena antara yang hidup atau pon yang sudah dikebumikan.
Meraka sering melepak di tepi keyboard sambil melihat bintang2 pada screen LCD .
Pada suatu ketika, C menghampiri B untuk menyatakan sesuatu. C berbisik pada B. (cube teka ape yg dibisik)
Hubungan meraka semakin hari semakin intim dan terus akrab. B & C sentiasa bersama tidak kira di mana pun.

Ketika ini si B masih disini menanti
si C pulang nun jauh disana menjalani kehidupan baru.....sekian